Iron Man Mark IV

Selasa, 9 Julai 2013

Puasa Oh Puasa !

            Hi semua ! Esok dah nak Puasa kan? wah terharu kan? tibanya Bulan Ramadhan setelah penat menunggu selama beberapa bulan untuk tahun nie. Kepada semua Viewers selamat menyambut bulan ramadhan . Semoaga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tenang (korang jangan ponteng )

                Ok post untuk kali ini bain nak menceritakan tentang kebaikan bulan ramadhan nie.

IBADAT PUASA

Firman Allah Taala:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..
"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)
Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:
_______________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah.
7- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

_______________________________
1. Fath al-Bari (5:14).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)
8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.

1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
9- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)
9- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.
Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)


Dan terdapat beberapa surah di dalam Al-Quran menerangkan tentang kebaikan dan Bualan ramadhan nie.

          Ok, Bila Tibanya Bulan puasa mesti orang akan ingat, Bazar ramadhan, rancangan rancangan yang memberi teladan di TV, Solat sunat Tarawih, dan satu lagi jeng jeng jeng ! hahah Iklan Kurma Yusuf taiyop ! kahkah :D


Yusuf taiyop ! haah kat fb aku digelar Model yusuf taiyop :P
Skrip iklan nie ade aku copy kat facebook alahai dah malas nak check aahah :P

            Kenangan aku bila tiba puasa adalah bila aku sendiri tak puasa hahah ! jenoh nak makan sorok2...tapi mase tu budak lagi malas skit? sekarang dah baligh boleh lah tahan perut tu :) . Punca masa dulu aku tak puasa adalah bila balik sekolah. Bila balik sekolah? biar betul hahah ! semua orang tak caya tol tak? ( biasalah dulu masa form 1 2 3 asyik tak larat je ) ...

            Alhamdulilah tahun lepas seingat aku, aku puasa penuh sebab kata2 abang aku  yang mengingat kan aku yang aku nie dulu puasa penoh ! nak tau dia cakap apa "kamu tu puasa biarlah elok2,puasa  buat tapi solat tak bagi penoh" wahhhh ! terharu & tersentap aku guys ! ok lah kemudian tu, perempuan yang tak puasa macam dalam family aku nie membuat kan aku meleleh air liur tengok diorang makan hahah ! slurrppppp ! 

           Puasa nie mengajar kita erti kesyukuran di samping kebaikan dan nilai nilai murni yang lain? sendiri maw ingat lahkan? hahah... macam tahun lepas? aku puasa kat tempat kerja masa tu OT ! fuhh ! sabor jelah, nasib baik keja dalam office? adalah rasa lega sikit....Orang kata Puasa boleh buat orang yang jahat jadi baik hihi :D ... ( Alhamdulilah )

              Sesuatu yang membuat kan aku tertanya tanya ? Bila tibanya bulan puasa nie aku mesti menekan kan aspek Batal ! Dulu masa form 4 ustaz ada cakap? "sesiapa yang lupa dia puasa penoh ke tak tahun lepas ( 2009) baik ganti dengan seberapa yang boleh dapat jugak pahala" ! hahah sekali dengan aku latu :P ... Antara perkara2 yang menyebabkan aku tertanya tanya adakah perkara ini membatalkan puasa ku :-

1) Kentut ( nie mesti semua penah tertanya tanya kan? hahah )

2) Cium Pipi ( Dulu masa nak sekolah mesti cium mak/abah lepas tu terlupa ehh mak ! puasa lah :P)

3) Tersengaja minum air ( Selalu bangkit tidur mesti capai air mineral lepas minum ! opsss alamak puasa lah aduihh !)

4) Gosok gigi / Kumur mulut ( hahah dulu masa lepas sahur aku terus tidur lepas tu mak tanya ehh ! tak gosok gigi ke? laaaaa baru tau? lepas tu nak pegi sekolah ter berus gigi ? gelabah lah ape lagi dalam hati cakap batal ke x ek?)

Dan banyak lagi......

             Tapi semua nie hanya terfikir bila kita tak tahu dan terlupa, ada yang cakap tak boleh dan ada yang cakap boleh? heheh... Sebenarnya semua di atas boleh . Tersengaja tak apa kalau terkorek hidung hahah :P .... Ok lah setakat itu sahaja ! bain nak kongsikan cerita dan serba sedikit ilmu tentang hari puasa nie? heheh...       

                                                 INGAT PUASA JANGAN TAK PUASA !!! 


   



Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013