Iron Man Mark IV

Rabu, 31 Julai 2013

BERITA : Klip Video Hina Islam ?

   


                                        
                                                

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi Pembaca² yang dikasihi sekalian?... Tajuk hari nie memang panas !! HINA ISLAM? mungkin ramai yang tertanya² adakah Bain sengaja nak tabur Fitnah atau sengaja nak naikkan nama sebagai seorang Blogger? ....

Kepada pembaca² semua Bain takde niat pon nak buat begitu tapi ingin menyebarkan berita dari Utusan. Apakah cerita nya? sampai jadi HOT & Spicy? heheh :D ...Wah ! makin ramai yang nak buat video menghina islam? sampai ada yang tanpa malu segan nak menunjukkan rasa benci terhadap agama islam yang suci?...

          Petikan Akhbar berkata:

    
KUALA LUMPUR 31 Julai - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung satu lagi klip video yang dikatakan menghina Islam di laman Youtube bertajuk 'Video Menghina Islam 1 hari di Hari Raya'.
Pertubuhan berkenaan ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Sekretariat NGO Negeri Selangor, Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Badan Amal Tarbiah Sejagat Malaysia (BATAS), Pak Long Nusantara, Cahaya Haluan Amanah Insan Malaysia dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRENE).
Kesemuanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini sekitar pukul 11.40 pagi hingga 2.45 petang.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, klip video itu menyinggung perasaan ramai umat Islam dan meminta polis menahan individu yang terlibat di sebalik pembikinan klip video itu.
"Kami rasa sangat marah dan terhina dengan klip video itu. Ia seakan-akan menyamakan kaedah mengambil wuduk dengan cara membasuh kaki anjing, sedangkan ramai tahu bahawa anjing itu adalah najis dalam Islam," katanya.
Pengerusi BATAS, Mazni Abdul Ghani, dalam pada itu pula menggesa agensi relevan seperti polis menyiasat perkara berkenaan hingga ke akar umbi bagi membanteras lebih banyak individu melakukan tindakan serupa di masa depan.
"Sepatutnya kita yang tinggal di negara majmuk harus sensitif dengan isu yang boleh membangkitkan perasaan marah...kita kena hormat sesama sendiri tanpa memburuk-burukkan agama lain dan pegangannya," katanya.
Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya.
Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee didakwa di mahkamah mengikut subseksyen 4 (1) © Akta Hasutan 1958 kerana mempersenda Ramadan dengan memuat naik hidangan khinzir Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo yang menyentuh sensitiviti umat Islam. - BERNAMA
                                           
Kepada pembaca² semua yang nak tengok video tersebut sila tengok video nya di bawah dan memahami mengikut kefahaman masing² yeah? ....

                                            
                     


    Bain dah tengok videonya dan ternyata memang ada seorang lelaki memegang anjing . Bukan 1 ekor bukan 2 tetapi 3 ekor? wah wah ! Tetapi sesetengah pihak berpendapat video terbabit hanya ingin membawa nilai² yang baik? Masing² punya kefahaman kan?....

Ada yang cakap Lelaki tersebut Sangat menyayangi haiwan dan Anjing juga adalah Ciptaan Tuhan dan patut kita memberi kasih sayang terhadap haiwan mahupon yang lain yang ada di muka bumi ini? Sungguh pon begitu? kenapa mesti ada Azan Hari raya? dan kenapa Mesti Hari Perayaan islam?

bain tak tau lah lelaki tu agama islam ka atau tak? tengok muka siap pakai baju melayu rasanya? YA? rasanya lah? heheh..(Jangan marah). Macam² spekulasi yang timbul dek kerana video nie di upload kat Youtube? masyaAllah ! Anjing adalah HARAM ? Bain tak delah bijak mahupon penoh ilmu agama di dada tetapi takkan lah video nie pon masih nak dipertahankan? ...

Ada yang cakap Pembuat Video nie merupakan Seorang Perempuan Islam dan ada yang mengatakan Video nie takde kene mengene dengan Kaum atau agama yang lain? hmmm? ntahlah nak cakap? yang penting Video nie perlu dihapuskan.....


            Petikan Komen Sumber Dari Youtube :





   Walaubagaimanapon , Bain Sebagai Umat islam rasa Sanagt kecewa terkilan, kecik hati dan sedih demikian dengan video nie? Bain tak paham ape mesej yang nak di sampaikan? dan kenapa perlu anjing? nak tunjuk baik dengan haiwan waktu dibuan yang mulia nie pon selok² nya ambiklah Kucing ka? lembu ka? paling tak pon? ambik jelah Hamster? comel sikit ye dookk!....



Niat Bain hanye ingin pembaca² dapat menilai dalam pelbagai aspek kat video tu? Korang punya kefahaman dengan bain punya kefaham mungkin berbeza? tapi bagi pendapat Bain lah, Video nie perlu di hapuskan ? budak laki tu perlu diberi hukuman? dan Bain berharap post nie takde unsur² perkauman...



Dengan pengakhiran yang sedih Bain Berharap jugak kes nie tak timbul lagi tambah pulak Di bulan ramadhan yang suci ini?... 




P/s : Korang lepas baca korang boleh menilai sendiri hehe ... Tambah pulak yang Video tu kata : " tompok²,asal usul,kasih sayang,manusia ,haiwan dll..."

"Bain Sayang Semua haiwan kat dunia nie... Tapi bagi Haiwan B*** dan Anjing tu emmmmm....??? "
                                          

   IKHLAS DARI :


 



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013