Iron Man Mark IV

Khamis, 15 Ogos 2013

HIBURAN : Siapa Heroin Jericho Rosales ? ( Malaysia )

pembaca misteri



       

http://gfol1.todoentertainment.com/Jericho_Rosales_22_all_ws49416422.jpg




KL, 16 JULAI 2013: Siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales ini kan. Murai Batu memang minat sangat dengan pelakon yang kacak ni sejak menonton siri popularnya satu masa dulu iaitu Pangako Sa Yo. Malah, disebabkan minat punya pasal, Murai Batu berpeluang juga jumpa depan-depan dengan aktor ini ketika Astro Bella menyambut hari ulang tahunnya pada Mac lalu.

Walaupun terpaksa berasak-asak dengan ramai peminatnya yang mengeremuninya, sehinga tercabut jugalah kasut yang Murai Batu pakai masa tu tapi rasa lega bila dapat menatap wajahnya yang tampan itu. Hahaha kelakar betul bila Murai Batu teringat waktu itu.

Apa-apa pun, Murai Batu lagi bertambah gembira kerana dengarnya dia bakal berlakon dengan sebuah produksi di negara kita. Wah bestnya! Dengarnya lagi, Jericho bakal berlakon dalam sebuah siri telenovela di Malaysia bersama pelakon Malaysia lain termasuk pelakon utamanya, Aaron Aziz.

Tapi dua-dua hero, tak sah lah kalau cerita siri telenovela ni kalau tak dipasangkan dengan heroin bukan? Itu yang buat Murai Batu tertanya-tanya sehingga kini kerana ada yang sampaikan kepada Murai Batu, produsernya sendiri kini tengah pening nak pilih siapa yang bakal jadi heroin untuk Jericho ini.
Dengarnya produser itu sudah ada 4 nama pelakon wanita yang dirasakan sesuai dengan aktor tersebut. Murai Batu sendiri tak tahu siapa 4 nama yang berada di dalam list produser itu.

Apa-apa pun bertuahlah badan pelakon waniita tempatan yang berjaya dipilih untuk digandingkan seterusnya menjadi heroin disamping Jericho yang sasa dan tegap itu. Lagipun pelakon wanita di Malayisa memang hebat-hebat sebab itu produser pun naik pening nak pilihkan?

Hish tak sabar rasanya nak tunggu cerita ini siap untuk dipertontonkan di TV. Tapi dengarnya lambat lagi kerana tak silap Murai Batu penggambarannya bakal berjalan pada bulan Ogos ini iaitu selepas raya. Kalau macam tu, biarlah Murai Batu mimpi-mimpikan dulu Jericho mala mini. Oh Jericho ku....hahaha.

 
  



 


   IKHLAS DARI :
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013