Iron Man Mark IV

Selasa, 31 Disember 2013

MY STORY : Goodbye 2013 Welcome 2014 !

pembaca misteri
                             





بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


 Hai semua apa khabar !. Lama  tak update Blog nih kan ? Masih KENAL Mr.Bobby ? Mr.Bobby tu saya lerr .. Biasalah bila dah maju macam-macam perubahan yang Mr.Bobby tampilkan. Semua tu untuk pengunjung & pembaca blog Mr.Bobby ni jugak kan ? HOHO "Poyooosss"

Okey sebelum terlepas kata-kata "Syok sendiri" nie baik Mr.Bobby teruskan dengan aspek atau entri Mr.Bobby kali nie yang lebih segar bugar. 

Baiklah ! Mr. Bobby just nak share liku-liku dan kenangan-kenangan yang telah dilalui Mr.Bobby sepanjang tahun 2013 nie. Alah ! korang macam tak pernah nak share moment-moment yang telah korang lalui mase dulu kan ? :P

Biase saje macam manusia-manusia normal yang diluar sana jugak. Cuma dari awal hingga penghujung tahun 2013 ada saja masalah yang dapat dan tak dapat Mr Bobby selesaikan. Biasalah jugak kan ? Manusia biasa macam Mr Bobby nie manalah nak mampu nak tangani semuanya dalam masa yang singkat.

Tapi Orang cakap daripada kita pikir perkara yang negative semakin banyaklah kemurungan jiwa yang kita lalui sampai bila-bila ?. So, Kali nie just nak share yang baik-baik saja.. kalau terselit yang tak baik anggap saja bain berada di alam fantasi dan tak dapat perbetulkan kerana Dayang-dayang alam kesuma dewi permata telah menyuap bain buah-buahan yang lazat... "Dongeng Siakkkkk !"

Merepek kan ? huhu.. Semua yang terjadi ada Wisdom nya cuma Bila? Dimana? Masa? dan dengan siapa hikmah itu muncul ? so diharap agar tahun 2014 akan dihadapi Mr. Bobby dengan tenang sebab tahun 2014 Mr Bobby further study kat UNISEL.. Alhamdulilah :)

Tak berapa terperinci sangat entri bain kali nie kan ? tapi saje nak bagitau bahawa tahun 2013 adalah tahun paling banyak masalah bagi Mr Bobby. Nampak ringkas kan ? kan senang dari tadi cakap cenggini :P ...hahah

OK lah cukop latu..panjang-panjang nanti tak ada sape pulak nak baca entri ni . Semoga Tarikh 31,Dec,2013 nie adalah hari yang memberi segala kebaikkan yang terakhir Amin InsyaAllah :)

" SELAMAT DATANG 2014 YAAA !! MALAM NIE BUNYI MERCUN LAHHH "






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Sabtu, 28 September 2013

akan datang

pembaca misteri

Cool Widgets

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

akan datang

pembaca misteri

Cool Widgets

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

akan datang

pembaca misteri

Cool Widgets

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

akan datang

pembaca misteri

Cool Widgets

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

akan datang

pembaca misteri

Cool Widgets

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Jumaat, 27 September 2013

HIBURAN : AF10 dan pendapat saya .

pembaca misteri





 


                            

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Hi salam 1 Malaysia semua sekali lagi heheh... dah lama sangat tak update so agak sangap nak update kihkih ! :D...

Baiklah nampak saja logo Akademi Fantasia musim ke 10 tu pasti tertanya tanya ? Bain nak buat entri  pasal AF10 ni ? Ya ! memang bain nak update pasal af10 yang konon2 berwajah baru tu..

Yang terbartu nih bain just minat beberapa orang pelajar af10 nih. Kebanyakkan nya uara boleh tahan walaupon sumbang mambang sama ke bintang, Namun jika di asah mungkin boleh pergi jauh ingat ya ! MUNGKIN !!

AF10 sekali lagi memberi kejutan basi dan agak klise dimana terdapat pembaharuan yang sedia sudah ketahui. Namun ada yang suka dan ada yang tak suka. 12 oang yang terpilih sangat berbakat namun bagi kami sebagai pendengar kami amat kecewa dengan pemilihan pelajar terutamanya pelajar lelaki.

antara 12 pelajar af mengikut pendapat dan penilaian bain yang tak seberapa :) ...

NO 1. Aisyah Aziz ( Aisyah AF 10 )

AISYAH-01

Pelajar perempuan di akademi fantasia yang menjadi pilihan no 1 bain setiap kali af10 berlangsung konsert mingguannya. Beliau tinggi dan seusia dengan Bain. Dia pandai mengolah alunan lagu mengikut rentaknya sendiri dan suaranya persis yuna... AFUNDI OK !

NO 2. Nur Nabila ( Nabila AF 10 )

NABILA af 10

 Pelajar ke 2 mempunyai suara yang sangat unik & sedap didengar. Meskipon ramai yang kata suaranya macam "Chipmunk" tetapi beliau pandai membawa sesebuah lagu dengan suara nya tersendiri. Bagi bain suaranya nyaring dan unik dan amat sedap bila lagu nada tinggi..

NO 3. Indah ( Indah AF 10 )

INDAH af 10

Melalui penilaian vokal mungkin Indah adalah menjadi pemerhatian juri di af. Suaranya  bain xberapa suka sangat dek kerana suka meneran dan agak suprano. Namun begitu dia seakan akan sudah berpengalaman di atas pentas dan pandai membawa lagu dengan baik.

NO 4. Darren ( Darren AF 10 )

Kehadiran bangsa cina di af sekali lagi mengejutkan. Terkini pelajar af berbangsa cina lelaki mempunyai suara yang mantap dan agak berlainan. dia pandai bawak lagu melayu dengan baik namun sebutan perlu diperbaiki...


gAF10 








TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

MY STORY : Bekerja ditempat Baru !

pembaca misteri


                                        
                   


                        

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Hi Salam 1 Malaysia...Dah lame kan bain tak update blog nie ? ape nak heran pengunjung pon bukan ramai pon hahah ! Jap2 ape kene mengene dengan logo IBIDEN kat atas nun ? ...


Ya ! itulah dia alasan kenapa bain lama tak update blog yang dah bersawang nih . Setelah bain merungut mengenai temuduga disebuah tempat kerja hari tu melalui entri nih Di Sini . Kini bain telah pon lulus temuduga tu di sebuah kilang jepon antarabangsa iaitu IBIDEN IEM.SDN.BHD.


Maka dengan itu Bain teramatlah jarang untuk melayari internet apatah lagi membuka blog nih. Ok setelah hampir 1 bulan bain bekerje disini terdapat pelbagai perkara yang nak bain kongsikan ?.. Ade yang baik ade jugak yang tak baik. Tugas yang diberi kan untuk bain amat berat tambahan pulak sebelom nie hanyalah bekerja sebagai Kerani biasa sahaja.


Baru start keje saje dah ade orang tak suke . Biaselahkan, mane2 tempat pon pasti ade jenis2 macamni. Tapi Bagi bain ianya tidak adil dan bain memandang perkara tu sebagai berat sebelah. Well ! untuk pengetahuan semua Bain bekeja hanya untuk mencari wang untuk sambung belajar..


Si Capital S nih sobuk nak cari kesalahan bain melalui tatakerja dan yang selebihnya pekerja semua masing2 mempunyai sikap yang negative terhadap Bain. Dan akhirnya Bain terkepit di celah2 ... Mujur bain mempunyai sifat penyabar yang tinggi..

Mungkin kerja ini amat berat untuk bain namun bain secara perlahan2 untuk memahami kerja tersebut supaya tidak menjejaskan tatakerja bain pada waktu itu Namun ! tanggapan orang sekeliling lain !. Diorang mengaggap bain main2 dala kerja dan tida serious dalam semua tugasan yang diberi.


Paling Bain kecewa bila kredibiliti bain dihakis oleh diorang sendiri dek kerana masing2 menunjukkan sikap ego dan tahap otai yang tinggi. Ialah ! kita kan orang baru tambah pulak paling mude kat situ jadi nak tak nak kene ikot telunjuk orang lama..


Macam2 cerita yang diorang ketengahkan setiap kali bain datang kerja. Paling bain kurang setuju dengan pendapat si Capital S tu !. Kenapa mesti nak membeza2kan antara aku dengan pekerja lain? perlukah ? Dan dengar cerita dia tu kaki bodek yang amat kuat sebab tu dia paling bertahan lama kerja dekat situ :P...
 

Nak study punya pasal, Bain hentam jelah kerja dekat situ janji bain xbuat masalah :P... Cakap pasal takbuat masalah, teringat bain dalam satu hal ni. Setiap kali bain kerja mesti ade je tak kene dan mesti dipandang negatif oleh pekerja2 lain..kono2 bain buat kerja sambil lewa, tak konsontret dan sebagainya...


Agak sedih bile bain buat betul tetap diorang kate salah, bain buat betul tak nampak tapi yang nampak semuanya kesalahan bain siap gelak2 atas kesalahan bain yang baru 2 minggu bain keje.. takpe Allah nampak setiap kesalahan semua oang yang sering dengki kat Bain.. Tak sampai 1 minggu sebelom cukopnya sebulan bain bekerja namun tetap disalah ertikan pekerja disitu ..



Kesimpulan untuk kisah entri kali ni ialah  setiap kerja dan perkara yang baru kita ketahui hendaklah diajar dan dibimbing dengan cara yang baik namun mungkin kerana tahap pendidikan yang kurang serta hanya ada tahap pengalaman yang panjang mengakibatkan mereka merasa diri mereka tersangat bagus..

Semoga entri kali ini memberi teladan dan pengajaran kepada pembaca semua amin :)


"P/s : Kaki Bodek ? bodek untuk apa ? nak naik pangkat ? pergi mamp*** "



     Ikhlas dari :



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Ahad, 1 September 2013

MY STORY : Mathematics bertuah !

pembaca misteri





بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Ahlan Wahsalan semua.. Salam 1 Malaysia..

Datang tak bertempat mengundang tetamu , Menjamu adat berbilang hidangan , Bulan Syawal semakin berlalu , Semoga kita mendapat amalam..

Ok ! Hari nie Bain nak menceritakan pengalaman bain nak pegi Interview keje minggu lepas... Wakduh² ! yang mintak keje macam nak mintak duit bantuan BR1M . Punyelah ramai dan yang paling ramainye adalah kaum hawa..

Just pada mulanya cari keja di internet kemudian mesej nama dan alamat. selang 5 jam kemudian Diorang call dan suruh datang interview 3 hari keesokkan nya. So, dalam hati berharap dapat keja nie kali nie nak simpan duit study sungguh² ...


Kemudian bila dah sampai dilokasi nya keadaan panik menyelubungi seluruh jiwa raga cee wahh ! .. Memandangkan Bain duduk di kawasan perindustrian pulau pinang so lokasinya dikawasan Kilang. Sungguhpon begitu orang yang datang macam nak tunggu ujibakat Akademi Fantasia :P

Waktu masih pagi sekitar pukol 7.00 tambah pulak dengan ramai calon² pekerja yang ntah datang dari mana menambahkan getaran jiwa nyanyian Tan Sri P.Ramlee. Ada yang sombong ada yang bersembang² macam kat kedai kaki warung Pak Munawer dan ada yang berpakaian macam nak ke kuliah.

Kilang tersebut merupakan kilang Jepun so yang mana kacukkan jepun atau kalau yang K-Pop J-Pop tu terus dapat short Listed . Lenguh kaki berdiri dengan matahari semakin terpacak dan akhirnya pak cik gat india bermisai tebal berbuncit serta senyum ala² amitabh bachan tu memanggil kami untuk beratur tulis nama.


Bila masuk ruang kaunter masing² ambik borang untuk di isikan tibang giliran Bain Pen takde ! tak bawak pen dari rumah sebab asyik memikirkan Emma Maembong je ... Nasib ade budak perempuan nih bagi pinjam pen die dan kami pon diberi sebuah bilik pinjam. Bilik tu bilik mesyuarat bagi Big Boss kilang tu...

Permulaan pengisian borang tu saje aku dah silap nak cover punye pasal aku marahkan kertas tanpa sebab dan konon² kertas tu saje terselak sendiri. Tiba tentang kertas soalan peperiksaan , Bain terkejut sambil menyanyikan lagu Kosong Kosong kosoongggggg !...


MATH ??? memang tawakal jelah mase nak isi tu.. sesambil buat muke megah macam kite je pandai math . Otak blurr membuatkan Bain tak pikir panjang terus keluarkan handphone dan kire dalam tu. Rase lege dapat jawab dalam beberapa soalan . bile dah nak habis jawab Tiba² !! datang seorang perempaun..

Perempuan nie masuk bawak calon pekerja yang lain dan secara nyaringnya beliau suruh kami membuat jalan pengiraan disebelah kertas soalan.. Bayangkan Tuan Puan !!! Perasaan dub dab² mase tu mujur ade handphone boleh mesej kawan tanya jawapan hahah !


Setelah selesai kesemua upacara menginterview tu kami semua dibawa ke kantin untuk mengetahui samada layak atau tidak. Bila dah balik , dengan jayanya cerita kat mak ... 

Pada pagi semalam diorang call dan aku dapat keja tu, dan kiranya bain lulus permohonan untuk terus bekerja disitu. Alhamdulilahh ! akhirnya dapat gak keja setelah penat mintak keja hampir 4 bulan... dan dalam fikiranpon berkata " Bila dah dapat keja nie secara automatik jawapan math tersebut dikira lulus dan cemerlang "

Sungguh tidak kusangka math punya pasal bain dapat keja ? hahah very funny tapi ini semua rezeki dan ketentuan dari yang maha esa so bain redha dan terima dengan hati terbuka...Lepas nie nak kene belajar lebih lah math nih hiihihi :D


Semoga entri kali ini memberi teladan dan pengajaran kepada pembaca semua amin :)

"P/s : Mathematic ? boleh lahh ... "

    Ikhlas dari :



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

GAME : Cara Download Game dengan Rngkas !

pembaca misteri









بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Ahlan Wahsalan semua.. Salam 1 Malaysia..

Hari nie Bain nak mengulas tajuk tentang bagaimana ingin mendownload Game yang korang minat di internet dengan mudah dan simple secara teknikalnya.

Mungkin ramai yang berpendapat kebanyakkan game boleh dinikmati disetiap laman sosial dan ditempat² yang lebih menumpukan Game online sepert Facebook dan Cyvber Caffe (CC).

Akan tetapi Jika masih inginkan game yang korang semua minat untuk diletakkan diKomputer,laptop,Ipad mahupon Tablet korang, Korang patot mencuba cara yang paling berkesan dan mungkin cara ini agak basi dan lapuk tetapi masih digunakan bagi mereka² yang gemar mendownload game atau perkara² yang lain.

Cara untuk Download Game paling ringkas dan senang.

  1. Download Winrar File. DI SINI

            
     2. Search di Google dengan game yang korang inginkan dan tambah perkataan "Rar" Sebagai Contoh "Plants Vs Zombies Rar download".


     3. Atau Download ke 4SHARED bagi memudahkan proses downlaod korang tu.

     4..Daftar ke 4SHARED dengan menggunakan account korang sendiri atau Log In menggunakan Facebook dan Twitter account.

     5. Game yang habis didownload akan menjadi seperti gambar dibawah



       5. Setelah itu korang "Right Click" Mouse korang tu seperti gambar dibawah.


Selesai sudah Download game dengan cara Winrar dan semoga entri kali ini membantu untuk korang yang suka download game tu.

Selamat Mencuba dan Selamat Bermain game yang korang suka tu ! ^^

"P/S : Terdapat banyak cara nak dapatkan game Full version nih walaubagaimanapn teknik nih palinh senang .

     Ikhlas Dari :



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Khamis, 29 Ogos 2013

GAME : SpogeBob Diner Dash 1

pembaca misteri








Cool Widgets

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



 Hi salam 1 Malaysia semua ! Hari nie Bain nak membawa pembaca² semua ke entri dan kategori terbaru iaitu game

Menyentuh fasal permainan Game pasti rata² pembaca bawah umur suka dengan ulasan entri kali ini kan ? Kalau perempuan tu bain kurang fasih tapi "Why Not" kalau nak cube main game nih ? 

Bain gemar bermain game PC ( Komputer game ) dan Android aplikasi Game ! . X-Box atau PS ( Playstation Game ) ni Bain tak gemar sangat sebab ianya melibatkan Kos serta masa. Baiklah !, Game SBDD nie ialah melibatkan Challeging !.

Terdapat beberapa Type untuk kategori Game² didunia ini dan salah satu kategori game yang paling Bain minat dan gemar nak main ialah "Time Management" . Ramai yang tak tahu ape itu Time Management Game kan? Pernah taw tak Game Diner Dash ? haa ! macam gitulah hehee ^_^ ...


Game ini melibatkan label yang berperingkat peringkat . Dari senang ke susah . jangan risau setiap level ade tutorialnye. So, Tak perlu nak keluh kesah bersama mak esah ye !~. Game nie sesuai bagi mereka² yang meminati bidang perniagaan sebab game nie mengajar kita tentang perniagaan dan penjimatan dalam berbisnes .

 

Level yang senang serta diserta kan dengan tutorial itu ialah seperti gambar di atas . Level pertama siap dengan tutorial memberi kesenangan kepada pemain. Game SBDD nie antara penarik minat untuk Bain main akan tetapi game nie ditubuhkan agak bekurun .



uSetiap pusingan dan level disertai juga tempat yang berlainan bagi memastikan pemain mberasa tidak jemu dan mencabar. Dan kesemua itu seperti gambar diatas. Setiap tempat ada keistimewaan dan cabaran tersendiri. 



Jika satu level telah dimenangi oleh pemain atau anda dan ganjarannya berupa wang tunai dan jika level tersebut telah menjangkau lebih dari kredibiliti anda dan ganjaran nya pemain akan dapat pingat anugerah "EXPERT". Dan kesemuanya terjawab seperti digambar diatas . 


 Level berperingkat seperti Bain cakapkan tadi ialah seperti gambar diatas dan level tersebut sangat susah untuk dilalui serta jarang untuk anda melepasi EXPERT . Pelanggan ikan² itu akan marah kalau pesanan lambat sampai hahah ! jaga² nanti diorang lari habis pelanggan kita :P .



Nota Kecil : Game nie melibatkan penggunaan Mouse saje !. Keyboard tak digunakan. Game ini juga menunjukkan interaksi antara spongbob dengan pelanggannya yang terdiri dari ciri² yang berlainan.


Setelah selesai kesemua level anda akan mendapat pingat dan SpongBob akan turut meraikan kemenangan anda.

" Selamat Bermain Game SpongBob Diner Dash 1 "



    Ikhlas Dari :



Terima Kasih ! kerana sudi membaca entri kali ni ! sila komen dibawah yea..

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013