Iron Man Mark IV

Rabu, 10 Julai 2013

Jom bangun Sahur

         Hi Guys,Today satu hari puasa bagi umat islam right? so Selamat berpuasa semua ? Wah Wah Bila tiba bulan puasa secara tak langsong mesti lapar dan dahaga... haaa tudia guys ! itu bermakna Pahala anda sedang loading MasyaAllah ! Alhamdulilah kan... :)
Bulan puasa nie lah yang menentukan manusia tu camna? baik ke atau jahat?  

         Ok ! straight to the point , Bain nak Menceritakan tentang Sahur ? Tau tak sahur? apa tu sahur? ayoyo ama apa... kadawale porengge ! hahah Sahur yang bangkit makan untuk Prepare sebelom tibanya azan tuu ? hahah Bain tau semua dah dijamin 100% tentang perkara ini right? Jom Bain nak kongsi sikit serba serbi tentang Sahur ! :) . Setengah orang mengikut cara masing-masing. Ada yang puasa tapi tak bangun sahur? Ada yang sahur terlalu awal,seawal jam 2 pagi. ada yang siap siap sebelom tido sebab malas nak bangkit dan macam-macam lah ! hahah ....

. 1Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

                          “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.
4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:
“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.
6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Jadi Sahur secara am nya memang digalakkan ? tak payah nak merungkai sangat Dalil di atas pon dah termaktub :P ....

Ok, Bain hari nie nak kongsikan cerita tentang bersahur? sahur adalah persiapan bagi melapik perot untuk keesokkan harinya? Orang suka melengahkan sahur nie..ish3 ! tak baik begitu u olls (cehh cakap macam poyo, padahal die pon same haha .. :P ) . Ingat kan nak upload gambar mase 1st bersahur tapi naik segan lah hahah.. 


Selalu Bain bangkit sahur kakak/Mak yang gerakkan? hahah.. anak manja lah katakan ? Tapi Perasan tak bila kite bangkit sahur macam nak bangkit pegi sekolah ( bagi yang dah habis sekolah la ) Liat betol nak bangun kan? ... Bain mase dulu2 sahur kadang2 tak bangkit sebab malas punya pasal? terus je bace niat lege sikit hati sebab xyah nak bangkit heheh tu dulu la? :)


Mak kadang kadang panaskan lauk yang lebih mase bebruka je bile nak makan sahur? Ada kale bain makan sahur sampai nak muntah sebab kenyang sanagt gara gara takut lapar nanti petang? last2 tak mujarab pon hahah.. Allah sentiasa nak uji huhu.

Last sekali nak cerita ! Sahur mengajar kita tentang persiapan dan aspek ketahanan ? bagi mereka yang dah terbiasa bangun awal untuk makan tak pelah? tapi yang belom nie? (macam bain) Macam mane kan? hahah... Sahur di indonesia main gerak orang pakai dong! tau kan dong tu ape? Dong ke gong ke same la? hahah... kalau buat kat Malaysia mau naik pekik telinge nie? hahah..

setengah tempat ikut adat lahkan? nasib lah Malaysia tak macam tu? huhuhu... Ape ape pon diharapkan di bulan yang Mulia nie Bulan ramadhan membawa berkat untuk Kita semua Amin :) 
 



Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013