Iron Man Mark IV

Rabu, 21 Ogos 2013

MY STORY : Pelajaran milik Saya !

pembaca misteri






بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Hi Salam 1 Malaysia dan apa kabar kepada semua pembaca entri kali ini ^_^ ...

Hari nie Bain nak Cerita tentang Pelajaran . Adakala Orang lebih rela post tentang topik lain daripada bercerita tentang topik study mudy nie :3 .. Bain nak kongsi fat chai kan kisah pelajaran tunjang utama bain selamat 11 tahun di dalam kehidupan Bain mahupon kehidupan semua manusia di muka bumi ini.

Menyentuh Fasal pelajaran teringat Bain pada satu Kisah dimana Bain terlalu taksub nak ikot kawan ke sekolah lain dan akhirnya terjerumus dalam kelalaian sampai lupa Fasal study . pelajaran nie penting meskipon Bain jarang dan selalu ponteng kelas mase sekolah dulu ...

Pada Tahun 2001 Bain memasuki alam persekolahan yang pertama dan waktu tu bain belum tau tentang pelajaran dengan seluas luasnya . Bak kata orang tua² bagai Rusa masuk kampong, hehe kawan pon takde dan terkontang kanting nak cari space of study . Dulu Miskin mane mampu nak beli itu ini setakat yang mampu je bile belajar.


Pada tahun 2002-2005 bain mula merasakan yang Pendidikan Seni adalah haluan dan cabang untuk bain terus maju dengan kehadiran bakat yang baru bain sedar mase tu. jadi start dari tahun nie bain mule kenal tentang seni dan subjek yang lain. Pada tahun nie pelajaran umpama permainan Angry Bird bagi bain  heheh ...Tapi mase tu Angry Bird takde so klasifikasikan game yang dah basi "Super Mario".


Pada tahun 2006-2008 banyak subjek yang bain ceburi Al-maklomlah subjek yang mendatang macam geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup dan macam² lagi hihi Tapi semua tu tak menarik perhatian bain langsong . Punca dari kegagalan ialah pengaruh kawan dan dari tahun tersebut kadar statistik Pelajaran Bain menurun secara drastik hahah ! :P ...

Mujur Sekitar tahun 2009 - present Bain lebih komited balik dan tak nak gagal dalam mane² Exam sekalipon . Pelajaran yang dari dulu sampai sekarang sering bain lulus ialah tak lain dan tak bukan sudah tentu SENI . kalau dah berbakat tak kemana heheh... Dapat Kawan pon ade yang pandai Seni dan ade yang mahir subjek lain.

Bile dah peringkat dewasa tambahan pulak Seni mula menjadi Subjek penting dari bain tingkatan 4 & 5 bain terlalu Komited dalam perluasan dalam bidang ni. Subjek Bahasa Melayu dan Subjek Pendidikan Sivik, Kemahiran Hidup, Sejarah, Tasawur serta Pendidikan Islam jugak memgambarkan bahawa bain jugak tertumpu di dalam pelbagai subjek dan bukan sahaja subjek Seni.


Senarai Pelajaran mengikut minat dan kepandaian Bain ^_^

  1. Pendidikan Seni Visual 
  2. Bahasa Melayu
  3. Pendidikan Sivik ( sampai tingkatan 2 je )
  4. Pendidikan Islam
  5. Kemahiran Hidup
  6. Sejarah
  7. Tasawur Islam
Bagi yang tak tercalon tu harap Maklom ! hahah .Bain seorang yang bersifat terbuka dalam bab² pelajaran. Kalau nak menyentuh bab² pelajaran mungkin serba sedikit bain boleh Join together gether  .Tapi tak kesemua perkara yang Bain tau, bain pon diajar bukan lahir kemuka bumi terus tau semua tu cewahhh jangan berangan lah ! ~


Tanpa pelajaran kita tak kemana tapi bukan itu penghalang untuk mencari sumber pendapatan rezeki atau hidup kita akan hancur dan intelektual kita tidak berkembang. Tetapi pelajaran atau ilmu itu penting semua perkejaan pon bermula dari ilmu jugak. Hidup sering berputar dan tempatkan pelajaran dari faktor umur misalnya, 

          






Jadi lupakan dulu pekerjaan dan lakukan pelajaran kerana pelajaran amat penting sampai akhir hayat. Ramai yang berpendapat bahawa pelajaran boleh ditimba sehingga tua jadi bila² masa pelajaran boleh kita dukung. Oh, Bain cukup tidak respect dengan kata² sebegini sebab ianya boleh melalaikan kita sebagai pemuda yang boleh diperkatakan bakal modal insan dan generasi akan datang.

Lumrah pekerjaan terjalin dari nilai kemampuan atau dari segi hidup .Tetapi jika diri kita lebih tertumpu ke arah pelajaran jangan dipaksa diri untuk bekerja . Mungkin Kehidupan bain agak miskin dan terlalu sempit melalui kewangan sehingga bain berumur 18 pon masih berkeja Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat bain untuk belajar dan tempuh alam Graduasi akan datang InsyaAllah.



Sehubungan dengan itu bain merasakan Ilmu pendatang kejayaan tapi kalau seseorang mempunyai bakat serta ilmu beliau akan mengguna kan peluang tersebut untuk emmulakan langkah alam pekerjaan dengan baik. 

Apa apa pon Bain kongsi kisah dan mencampor adukkan antara kisah hidup bain serta pelajaran nie supaya orang diluar boleh berfikir dan mulakan jejak yang lebih teratur.

"Ilmu umpama darah yang mengalir dari tubuh manusia"


P/S : Terlalu panjang nie? korang baca dengan ikhlas taw ^_^ hahah ...
                                       
     IKHLAS DARI :





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013