Iron Man Mark IV

Jumaat, 23 Ogos 2013

ARTIS : Pelajar AF9 dahulu dan sekarang !

pembaca misteri
 



 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCelsUTVwxq_7s-gDRYIPmp1UVSfe7e91S0gANS4do8au6Dzt1rDcsevWD-TEvu0VUGBrzEi3mCb9LPIfz5OIOfeQaF6tynSGmh_emdgCma-tZHBJFhizFJIRz6G-MeU0vJ_a-z6-ZuLSO/s320/af9+students.jpg

 

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 

 Hi salam sejahtera semua dan salam Syawal kepada semua umat islam di Malaysia dan di seantero Dunia...

 

Topik hari ini berkenaan dengan Hiburan. Cakap saja pasai AF semua taw kan ? kalau tak taw tu may Be tak ade Astro heheh...Mungkin ramai yang dah lupa siapa bekas² pelajar Af terdahulu kan ? Ye lahh ! AF konon² dah habis dan sebagai AF yang terakhir adalah AF9 . Mungkin rakyat Malaysia akan terkejut dengan pengakhiran Af di Malaysia tetapi Bain tak terkezzuut langsongg !! :P ...

 

Bercakap pasal AF teringat Bain dekat AF 9 (2011) . Af9 mase Bain tingkatan 5 so, agak menyerlah kebatakkan pelajar sekolah waktu tu sebab ade yang pot ppet pot pet dok cerita pasal pelajar kegemaran dan paling tak tahan ade pelajar perempuan sampai Histeria dan naik sawan bila dok cerita pasal Hero ala² korea tu ..... Si Erul ! . Kalau Bain Ofkoz lah bain minat Lena tapi malangnya Si hazama yang juara >_< .

 

Mana perginya pelajar² Af 9 pada tahun 2013 ? diorang dah kawen ke? dah ade anak ke? Dapat anugerah atau dah jadi penyanyi ke ? banyak persoalan yang timbul dan Akhirnye bain dapat jugak carik fasal diorang kat Google :P . 

 

Berikut adalah Informasi pelajar af9 dahulu & sekarang.

 

 LENA AF 9 ( LENABER HAIDER )

Lena AF9 merupakan Naib Juara Akademi Fantasia 9. Penyanyi lagu Sisa Kisah Kita itu dikatakan telah bertunang pada 26 Mei 2013 dengan seorang jejaka pilihan hatinya sendiri Named Azhar yang berasal dari Sabah juga. Lena merupakan penyanyi lagu dendangan Bicara Hati ost Drama Bicara hati di Astro prima. So kire ade jugak perkembangan kisah lena kan? Harap Lena maju jaya ! ...

 

 

ERUL AF 9 ( HAIRUL NAJMUDDIN )

 

Erul AF9 merupakan pelajar yang tersingkir pada semi final Akademi Fantasia 9.Erul yang pernah memasuki Mentor yang diprotege oleh Jaclyn Victor itu sangat meminati muzik K-Pop. Penyanyi lagu Legasi Chleopatra ini telah memasuki Rancangan realiti di korea pada tahun 2012 iaitu "K-pop Star Hunt Season 2" dan mendapat tempat ke-2. Banyak rancangan² dan perkembangan sejak tahun demi tahun Tahniah Erul !.


NERA AF 9 ( QUENNERA FRANCINE )

Percintaan antara beliau dengan Azri af9 jugak agak sepi selepas af9 melabuhkan tirai pada tahun 2011. Nera didatangi pelbagai gossip dek kerana keseksian nya pada tahun 2012-2013. Penyanyi lagu Hatimu Milikku. itu tidaklah sepopular dengan saingan nya yang lain tetapi disebabkan rupanya yang cantik menjadikan mukanya sering dinantikan kandid lensa kamera. pada Januari tahun ni wajah Nera menjadi cover majalah Bandwidth. dan menampakkan tut tuttt.. !!

 

 

LAIKA AF 9 ( ZULAIKHA ZAHARI )

  

Laika agak sepi selepas keluar dari af. Beliau yang merupakan pelajar pertama tersingkir itu dilimpahi pelbagai gossip pada tahun 2011. Beliau yang diakatakan mempunyai hubungan dengan zimi Sofarz telah menganggotai sebuah kumpulan Jesselton. Ada yang kata beliau mempunyai hubungan sulit dengan Pengkid. Sehingga sekarang tiada cerita mengenai beliau ..

 

 

 

EKA AF 9 ( EKA SHARIF )

Eka merupakan pelajar af9 yang tersingkir awal pada minggu ke-2 tetapi dapat bangkit dengan caranya yang tersendiri pada tahun yang berikutnya. Penyanyi lagu Bukan Milikmu lagi ini sangat lincah dan wajahnya yang cantik sering didapati di keek hasil rakaman video peribadinya sendiri. Pernah hadir menyanyikan lagu di K-pop raya pada tahun 2012. Sehingga kini tiada berita yang sensasi mengenai beliau cukup suam suam kuku...

 

 

RAQIB AF 9 ( RAQIB AB. MAJID ) 

 

Raqib atau lebih dikenali Raqib Abdul Majid kini telah menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56. walaupon haluannya kini beralih arah harap beliau masih mencintai bidang nyanyian lagi. Berita mengenai beliau hilang sehingga muncul menjadi qari di pertandingan Tilawah Al-Quran di Kota Bharu Kelantan. Single sulung beliau ialah Luahan Rasa.

 

KAY AF 9 ( KAY HAIDER ) 

 

Kay atau dikenali sebagai kay Haider adik kepada Didiy hirdy af4 ini telah mengeluarkan lagu duet berjudul bertarung sampai akhir. Informasi mengenai beliau tidak dapat dikesan sehingga kini, atau mungkin bergiat dibelakang tabir diluar sana, apa² pon harap beliau sukses..

 

 

MIZA AF 9 ( ROSHAMIZAH ROSMI ) 

 

Miza yang berbadan besar dan bersuara lunak tu hilang sekelip mata selepas keluar dari af. apa² pon harap beliau semakin maju dan sukses diluar..

 

 

AZRI AF 9 ( AZRI ABDULLAH ) 

 

 

Jika lihat gambar di atas rata² pasti tidak percaya kan? tapi itulah lumrahnya diberikan kepada bekas pelajar af9 iaitu azri. Badan nya agak seksi dan berotot pada tahun ini.Penyanyi lagu Amarah dan Niskala itu kian mendapat perhatian sejak berita tentang keseksiannya itu.


AFIF AF 9 ( ALIFF AFIF )

 

Afif yang pernah berduet menyanyikan lagu beri aku waktu bersama Aida af9 juga. Afif yang juga pernah menjalinkan hubungan dengan Salima Af4 dan kini mempunyai kekasih baru yang juga bertudung. Informasi mengenai beliau tidak dapat dikesan kini.. Harap berjaya diluar amin ^^

 

 

AIDA AF 9 ( AIDA JEBAT )

 

Aida Af9 atau nama sebenarnya Nursuhada binti jebat iaitu adik kepada Fina af9 bergiat didalam bidang lakonan di siaran RTM dan TV 3. . Berita yang agak mengejutkan bila beliau terlibat dalam kemalangan. Selain berkulit putih dan cantik sebaris seperti Neelofa Aida jugak tidaklah segiat karier adiknya iaitu Fina yang bergiat lebih maju didalam Bidang nyanyian.

 

HAZAMA AF 9 ( HAZAMA AZMI  )

 

 

 


Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi tidak dinafikan lagi dengan pencapaian nya didalam bidang seni tanah air Malaysia kan ^^ .. bain tak berape minat sangat die nie. Hazama merupakan penyanyi dan pelakon yang telah dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 9 (2011) .Malaslah nak cerite panjang sebab sememangnye die ni dah popular kan? heheh...sorie ^^


FINA AF 9 ( SHAFINAZ JEBAT  )

 

Siapa sangka juga gambar di atas milik Fina af9 yang kite kenal kat af tu. Selain bertuah kerana mendapat peluang Af Masuk dia kini bergelar seorang Model peragaan. Wah ! Mungkin berita ni tersebar tahun lepas tetapi sehingga sekarang beliau masih bergiat didalam bidang tersebut. selain diundang ke masterchef Selebriti tahun ni beliau di gossip kan kerana menindik pusatnya . Apa² pon Fina juga telah berjaya secara diam² diluar sana...


DAN PALING MENGEJUTKAN APABILA BAIN DAPAT TAHU AMIR JAHARI IALAH DARI AF9 !!

 

AMIR AF 9 ( AMIR JAHARI  )

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMnKVyoZzVWb_vsM6ly7DkB5E75Fe_0chmlsZfvy_hPb5b7J5E9LyHcZpIo2BjeFL_9V5J8dtDxgTRgU9iVq2q_HPPhTgl8PxX5uTjP4wYrL5IbbNGEi77pLXlj8klutw9GzIQFjrMhCQ/s400/Amir1.jpg

http://i1.sndcdn.com/artworks-000043666529-scsykk-original.jpg?aa1a7cb

 

 

Paling Bain tak sangka Dia nie rupanya yang nyanyi lagu Tanpamu tu sampai masuk Anugerah Juara lagu. Rupa tu macam nak kenal tapi agak² ingat² lupa pulak last² baru prasan dan tau dia punya gerangan ! Malas jugak nak cakap fasal dia nie sebab semua dah kenal kan ? dia pon kini sudah sebaris dengan artis² tanah air seprti Aizat,Hazama iaitu rakan seperjuangannya serta artis² yang lain.

 

 

Sampai disini sahaja perkongsian entri ini kepada pembaca semua ? Dan semoga korang lebih berpuas hati dengan entri ini kerana serba sedikit kita tahu pasal infromasi semasa af9 tu... Ikot rezeki masing² lah kan? hehe ade yang berjaya dan ada yang masih mencari cari haluan dan ruang.


P/ S : JIKA KORANG NAK TAU DAN NAK BAGITAU TENTANG ARTIS DARI KELAHIRAN ATAU KORANG DAPAT INFO LAGI BEST² SILA SEND KAN KE EMAIL BAIN ATAU KE SHOUT BOX JE ^^

 

 Akademi fantasia akan bermula 2 september ini untuk kemunculan wajah baru serta format yang lebih segar !

 

   IKHLAS DARI :




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013