Iron Man Mark IV

Khamis, 16 Januari 2014

MY STORY : Unisel My Future Of Education.

pembaca misteri
                         

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Hai semua assalamualaikum...? Sihat tak ? Alhamdulilah kalau sihat hhehe.. Rindukan korang lah Mr.Bobby update blog nie dan untuk makluman semua ini merupakan post pertama pada tahun 2014 hehe ..

Baiklah ! Fokus terhadap ENTRI pada kali ini bertajuk UNISEL MY FUTURE OF EDUCATION. Nak cerita sikitlah dari mula sampai habis Mr.Bobby disana dn sememangnya banyak kenangan yang manis2 bila berada di sana..

Hari pertama pendaftaran Mr.Bobby terpinga2 sebab banyak sangat step2 dia nak kena ingat dan banyak sangat tempat pendaftaran nak kene buat ? time tu mang berpeluh lah parents² yang teman kan anak2 masing masa hari pendaftaran. Nasib baik time tu Unisel menyediakan khemah untuk parents yg datang sebab parents xboleh masok...


 Gambar  1 : Dewan semasa hari pendaftaran.
 Gambar  2 : Dewan semasa hari pendaftaran.



Bagi yang tak tau macam manelah image Building Unisel Shah Alam nie kan ? Ya ! sememangnya tak sama dengan Unisel Bestari Jaya. Ramai yang mengidamkan untuk masok Unisel Bestari Jaya Tapi apakan daya sesetengah Course yang diambil hanye terdapat di Unisel Shah alam dan sebagai contoh : Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Graphic Digital) yang Mr.Bobby ambik ni ade kat Unisel Shah alam (T_T)



 Gambar  1 : UNISEL ( Universiti Industri Selangor ) Kampus Shah Alam ^^.




 Gambar  2 : UNISEL ( Universiti Industri Selangor ) Kampus Bestari Jaya ^^.



Seterusnya, selesai sudah kesemua step² yang Unisel tampilkan. Akhirnya Exco Kediaman menunggu di barisan tepi luar dari dewan dan semua pelajar akan diberi Guni Bag Unisel warna Oren. Actually ! kalau masok Unisel nie ade keistimewaan die dan diantaranye terdapat senior² yang berkhidmat menjadi Exco atau lebih dikenali sebagai Fasilitator MTS (Minggu Tekad Siswa ).
 Seterusnya lagi, Exco kediaman yang kami gelarkan sebagai solomon nie akan memberi taklimat serba sedikit tentang Hostel MAIS khas untuk pelajar yang ingin duduk kat Hostel. Yang tak duduk kat Hostel SELAMAT !! bercakap pasal Hostel Mr Bobby akan terterakan gambar Hostel MAIS.
Gambar : Hostel MAIS Khas untuk pelajar baru semester 1 (just 4 bulan je )

 Kemudian, Ibu Bapa boleh bawak anak² pergi ke Hostel sebab Exco kediaman akan bagi Map atau Plan untuk ke Hostel tersebut. So dekat je, tak sampai pon 15 minit ^^. Ok,sudah sampai  ke kawasan hostel semua pelajar diwajibkan untuk isi borang dan pergilah tempat² yang Exco suroh pergi. family boleh dudok bawah khemah yang disediakan khas.

Mr.Bobby akan hentikan cerita pasal Hostel sampai disini sahaja OK ! ...

Kemudiannya, semua pelajar kene beratur naik bas yang disediakan khas untuk pelajar semester 1. Tak payah bayar pon Free Jerr ^^. kemudian bermulalah hari pertama Minggu Tekad Siswa  (MTS ). Hari pertama diberi kelonggaran huhuu... hadir pada pukol 4.30 petang je ! ^^ bestkan ?


 Gambar 1 : Hari ke 2 MTS ( kene pakai baju sukan ).

 Gambar 2 : Hari ke 2,3,4 MTS ( Ade aktiviti berkumpulan ).

 Gambar 3 : Hari ke 2,3,4,5 MTS ( Ade tarian aerobik atau tarian senaman untuk waktu pagi ). Mr. Bobby suke time nih ! macam2 tarian boleh belajar ^^ .



 Gambar 4 : Hari ke 1,2,3,4,5 MTS ( kene pakai baju formal dan ade sesi taklimat ).

 Gambar 5 : Bile bercakap pasal taklimat wujudlah species2 cenggini nanti ^^ ..

 Gambar 6 : Hari ke 5 MTS ( hari terakhir dan semua pelajar dibahagikan Kumpulan untuk membuat persembahan ).

 Gambar 7 : sepanjang  MTS ( Macam biase untuk pelajar islam wajib tunaikan
 solat 5 waktu di dewan ). 





Bagi pelajar² yang duduk di negeri² yang jauh sudah semestinya akan sedih kerana berjauhan dengan family dan parents², Macam Mr.Bobby ! ^^ ... yewlah kan lelaki pon lelaki jugak, tapi kalau bab2 family² nih lelaki yang selalunye akan sedih ... so kene berjauhan dengan keluarga tercinta di Pulau Pinang (T^T) ..

Sebenarnye ade pelbagai aktiviti yang berlangsong sepanjang MTS nie dilangsongkan selama 5 hari, Secara ringkasnya Mr.Bobby nak explain yer !!  dengar betol² bagi pelajar² yang nak masok UNISEL akan datang ? ... Bangun kene 3.30 pagi, pakai baju sukan pada hari ke 2, dan yang pasti pada hari ke 4 adalah hari yang paling bermakna untuk Mr Bobby di UNISEL Shah Alam ...

 Kesimpulannya, Belajarlah rajin² dimana jua kita belajar, jangan ponteng kelas dan jangan sombong² dengan senior² kerana meraka akan membantu anda semua nanti ... Bila dah belajar kat UNISEL jangan lupa hafal lagu UNISEL OK ^^ ..

Sumber-sumber dari Youtube : Untuk Korang semua ^^




 P/S : Salam Maju jaya kepada korang yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Unisel akan datang "





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013