Iron Man Mark IV

Sabtu, 24 Ogos 2013

MY STORY : Mungkir Janji Paling Aku benci !

pembaca misteri






بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ



Hi Salam Sejahtera semua ...hari nie nak cerita sikit pasal benda yang paling Bain tak suke kat dalam dunia nih ! 


Cakap saje pasal mungkir Janji pasti rata² benci nak dengar tambah pulak yang sedang berkasih kasihan di luar sane. Kenapa Bain nak cerite pasal Mungkir Janji nie ? Sebab Bain dah terkena virus nie berkali kali ! Cehh tak boleh blahh ayat ...Mungkir Janji nie sangatlah mendatangkan keburukan bagi yang sensitif !

Setiap Manusia di atas muka bumi ini pasti pernah melakukan kesilapan atau kesalahan. Namun ! Berapa banyak kesalahan tersebut kita ulangi itu yang menjadi persoalan dan pembentangan entri pada kali ini. Bain pasti ramai yang tidak mahu perkara ini terjadi ke atas diri masing².



Bain susah nak mempercayai sesuatu sebenarnya tetapi bain jugak manusia tambah pulak orang disekeliling kita sering mengotakan janji² yang manis. Pasrah hati kita bila orang yang kita percaya atau lebih disayangi sering mungkir janji kepada kita Malah bukan sekali tetapi berkali² ...

Mungkin kita bodoh sebab senang sangat percaya janji² itu namun lagi bodoh dan bangang bagi mereka yang suka mungkir janji berkali² itu...Bain malas nak Mention siapa mereka tetapi yang boleh bain katakan mereka ini tergolong daripada yang kita percaya dan sayangi.



Bain terase sangat pedih hati nie bila someone tu mungkir janji. bahkan, Bain dah kene banyak kali tapi bain tetap pendam perasaan marah dan geram hanya kerana tak mahu beliau sakit hati dan berasa marah !. namun begitu, jika tidak dihindari perkara begini sentiasa berulang dan kalau dah 2x kene dalam 1 tahun Apakah perasaan korang?.

Tak salah nak berjanji atas pelbagai aspek pon, tapi mestilah mengikut cara yang baik. Sebagai contoh, seseorang nak melepaskan diri dari orang yang dia benci , Jadi beliau mungkir janji . Perkara janji² nie bukan boleh dibuat main sekali kita buat tidak mengapa jika kita perbetulkan keadaan tetapi jika berkali² sehingga memberi kesedihan terhadap orang lain jatuh Hukumnya Haram disisi Islam.

Kisah mungkir janji terjadi dari tahun ke tahun sehingga Bain berusia 19 tahun. Jadi bila merasakan diri dah matang, tidak kiralah perempuan atau lelaki selagi mereka ini digelar manusia pasti hati akan terluka. Janji bukan tergolong didalam hal percintaan tetapi ianya merangkumi pelbagai aspek dan faktor.



Janji-janji yang sering menimpa diri bain kebanyakkannya berunsur Wang,Persahabatan,Kasih Sayang serta perkara² didunia. Tapi janji² yang tak dikotai dengan sepenuhnya itu tidak menghalang untuk bain berhenti meneruskan langkah sebaliknya bain ingin kuat dan jadikan ianya sebagai teladan dan pembangkit untuk bain menerpa ke hadapan.

Orang yang suka sangat berjanji nie akan kene ke atas dirinya sendiri sepertimana dia memungkiri janjinya terhadap kita. Semua ini atas hukuman dari Allah S.W.T . Dan kita hanya mampu tersenyum serta mengherdik dengan hukuman yang dia alami itu nanti kerana masa itu baru dia tahu betapa sakitnya hati kita, betul tak ?

Dengan hanya janji kosong anda memohon maaf atas kesilapan dan janji yang tak menjadi itu. Kata Maaf anda akan diteria pada janji yang pertama sahaja namun jika berlaku lagi, adakah orang akan mengampunkan janji anda itu? Tepuk dada tanya selera ! . ( Jangan tanya selera harinie nak makan apa :P )

So Kesimpulan dari cerita ini bain simpulkan dengan rasa tenang dan hati terbuka untuk golongan² yang sering mungkir janji ini. Mungkin pembaca tak nampak dimana janji² yang bain dapat? Maaflah Janji² itu tidak dapat disenaraikan kerana kesemuanya t'lah bain ampunkan dan melupakan ... Cuma Masih ada yang masih berjanji tetapi tidak menepati lagi dan ianya terjadi pada tahun ini...
" Berjanji biarlah ditetapi Bak kata PM malaysia : Janji Mesti ditepati dan bukan dicapati "

   Ikhlas Dari :




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013