Iron Man Mark IV

Ahad, 11 Ogos 2013

MELANCONG : Pulau Jeju ( 제주특별자치도 )

    pembaca misteri




                                

Hi salam sejahtera Dan salam 1 Malaysia semua ...Tajuk kali nie berkenaan dengan Pulau Jeju ( 제주특별자치도 ) . Pulau Jeju (Jeju-do) adalah pulau terbesar di Korea dan terletak di sebelah selatan Semenanjung Korea. Dan Pulau nie mendapat tempat ke 7 antara Pulau Paling Unik Di Dunia.

Pulau Jeju atau yang dalam bahasa setempat bernama Cheju (Hanja 濟州特別自治道, Jeju Teukbyeol Jachido), adalah pulau yang terletak di hujung semenanjung Korea dan sangat dekat dengan Jepun. Pulau Jeju memiliki gunung, pantai, air terjun, tebing, dan kawasan alam lainnya yang menjadikan tempat ini begitu romantik. Pulau Jeju sangat sesuai dikunjungi oleh pasangan yang ingin berbulan madu.

10 tempat wajib dikunjungi di Pulau Jeju 

Seongsan Ilchulbong

                                      
Di Faham kan tempat nie lah yang menjadi tarikan utama pelancong² dan sesiapa sahaja yang ingin mengunjungi tempat nie kerana bentuk kawahnya yang unik serta tebingnya yang dikatakan sangat cantik dilihat waktu matahari terbit.
Gua Manjanggul

                                    
                                                 

Merupakan saluran lava bawah tanah yang agak luas dan dikatakan panjang saluran lava ini menjangkau 13km. Akan tetapi, ianya hanya dibuka sejauh 1km sahaja kepada orang ramai. Warisan dunia yang diiktiraf UNESCO ini, memiliki kesan-kesan geologis pada dinding guanya dan suasana nyaman dapat dirasai ketika berada di dalamnya.

Kawah Sangumburi

 

Sekilas pandang tempat nie seakan kawasan Organik Afrika Selatan namun tempat nie antara menjadi tumpuan pelancong dan tempat ini juga tempat yang jauh dari bandar² sekeliling. pohon² hijau juga turut menjadi kan landskap kawasan nie.

      Tebing Curam Jusangjeolli  
                          

                                       

perhatikan batuan tetiang heksagonal tu.. Wah !! mang cantik dan unik kan? kalau duk tepi tebing nie memang romantik giler.  Batuan  ini terbentuk akibat penyejukan lava (mengalir ke laut) secara tiba-tiba. Gary Dan Ji Hyo kalau dok tebing tu mesti romantik kan? aumm :D
Air Terjun Jeongbang


                                  

Air Terjun ini adalah air terjun paling sukar ditemui dan satu satunya air terjumyang terdapat di Asia kerana airnya terus mengalir ke laut. So, takyah susah² nak cari air laut camnie kat tempat benua lain heheh... kat asia pon ade OK :P

Air Terjun Cheonjiyeon dan Cheonjeyeon

Air Terjun Cheonjiyeon 
                                         
  Air Terjun Cheonjeyeon 
Kedua-dua air terjun ini terletak di kawasan yang berlainan. Masing-masing mempunyai latarbelakang yang berbeza. Air terjun Cheonjeyeon yang bertingkat dan air terjun Cheonjiyeon yang mengasyikkan pasti memberi kepuasan kepada mata yang memandangnya serta kejernihan airnya tidak dapat disangkal lagi.

 laluan Olle



 Jika korang mempunyai waktu yang cukup, silakan menyusuri Jeju Olle trail yang tersedia memiliki 21 laluan pejalan kaki utama dan setiap laluan puratanya 16km. Keseluruhannya berjarak 422km. Pandangan ditepi trail nie ade pemandangan lautan. cantikkan ? hehe
  
        Gunung Hallasan           


Gunung yang tertinggi di Pulau Jeju ini mempunyai lanskap semulajadi yang teramat menawan. Terdapat beberapa laluan mendaki yang tersedia di sini. Pilihan di tangan masing-masing sama ada inginkan berjarak panjang atau laluan trek yang pendek untuk menjimatkan masa. Terdapat bekas kawah volkanik juga dan sekiranya bernasib baik kawah ini digeladangi air pada musim tertentu menimbulkan lagi suasana yang mengasyikkan.


Oeldolgae


Batu tunggul yang timbul dari permukaan air dan mempersonakan. Persekitarannya yang segar menjadikannya lebih indah di mata pencinta alam.Batu tunggul yang timbul dari permukaan air dan mempersonakan. Persekitarannya yang segar menjadikannya lebih indah di mata pencinta alam.

Yongduam Rock



 Batu lava yang mengeras berjuta-juta tahun dahulu ini berbentuk seakan-akan kepala naga letaknya tidak jauh daripada lapangan terbang Jeju. Lokasi ini memberi peluang terbaik kepada pengunjung yang mempunyai waktu terhad menikmati kesan semulajadi volkanik di dalam kawasan urban Jeju.Dengar kate Batu² kat sini boleh dibeli sebagai ole² tuk tuk pelancong..sebab batu² kat sini unik.. :)


Jika anda Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sejarah Pulau jeju ini anda boleh Lihat Di sini → INFO PULAU JEJU . Pulau Jeju Menjadi Tumpuan karyawan²,pengarah²,artis serta artis diluar negara. Dan banyak Drama dan Filem ditayangkan dan pengambarannya berada di Pulau Jeju nie.

5. Drama Korea Di Syuting Di Pulau Jeju

1.Boys Before Flowers



Pulau Jeju dikatakan semakin dikenali oleh warga asing setelah pulau tersebut dijadikan untuk syuting drama terbaik,Boy Before Flowers. Pada Siri ini ada cerita dimana Goo Jun Pyo (Lee Min Hoo) pergi berlibur dengan Gem Jan Di dan sahabatnya, Ga Eun, ke pulau ini. 


2.Secret Garden

                                                     


Menceritakan tentang tertukarnya jiwa antara seorang Jejaka tampan dan kaya raya, Joo Won dengan seorang gadis yang bekerja sebagai stuntman, Ra Im dan  saat jiwa mereka berdua tertukar, syutiny tempatnya itu dipulau Jeju.
3. Princess Hours.


Siapa Yang Tak tau Drama nie kan ? Mesti Korang ingat Salah satu Scene dimana saat Peranan Shin mengundang seluruh rakan²nya  untuk menyambut ulang tahunnya yang mewah ? itu semua dilakukan di pulau Jeju. Jadi, tak heran kalau latar tempat scene tersebut terlalu indah. 


4. Tamra The Island.



Tamra the Island menceritakan seorang Jejaka inggeris bernama William Spencer (Pierre Deporte) yang terdampar di sebuah pulau bernama Tamra. Drama ini benar - benar memanfaatkan keindahan pulau jeju yang menjadi daya tarik tersendiri di drama ini.


5. Playfull Kiss


Siri drama romantik dan penuh kelucuan  ini juga mengambil pulau jeju sebagai latar tempat dalam film ini. Pada episode 15, dimana Seung Jo dan Oh Ha Ni pergi berbulan madu, mereka pergi kepulau jeju. Berada di hotel pinggiran pantai yang indah.

Artis Korea Di Pulau Jeju



CL dari Kumpulan K-pop terkenal Korea iaitu 2NE1. Telah menampilkan susuk tubuhnya yang seksi serta gambar ini diupload di Instgram milik CL sendiri dan selebihnye di sebarkan melalui YG Entertaiment. Maaf Bain Tak Dapat nak kesan Instagram milik CL nie..huhu sedih 

Bain tertarik tentang Pulau Jeju nie sampai nak buat Entri pasal Pulau nie  disebabkan Terdapat rakan Instagram Bain Upload gambar die di Pulau Jeju. Nampaknye Ramai rupenye rakyat Malaysia dah jejak kaki ke sane kan? Bain bile lagikan ? ermmmm ? :'(

Terdapat pelbagai makanan dan hotel di sana tapi Bain tak dapat nak cerite panjang sangat hahah ! Mintak maaf sangat k..sebab panjang sangat nanti orang tak nak bace pulak kan?
dan jika korang nak Tempah Tiket ke Jeju Korang boleh layari Laman Web DI SINI

   Sekian sahaja...Kalau Nak Kongsi Gambar Bagitau ok ^_^ ..


P/s : Pulau jeju wait for meee.... hahah Berangan :P


   IKHLAS DARI :






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cantik gk korea...but klu duit byk p0n x nk la pi sna..baek pi london..hehe

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013