Iron Man Mark IV

Selasa, 13 Ogos 2013

BERITA : Surau Dijadikan Tokong

pembaca misteri






Hi salam 1 Malaysia semua, hari nie Bain ingin mengongsikan berita berkaitan kes Surau dijadikan Tokong Untuk penganut Budhaa di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi .

MasyaAllah !! Itu saje yang sempat Bain gambarkan di sini betape peritnye hati Umat Islam kerana sanggup menggadai tempat Suci begini hanya kerana ingin memberi laluan kepada penganut agam lain untuk melakukan upacara² yang bertentangan dengan agama islam itu sendiri.

Berita ini tersebar luas semalam kat Tv 3 dan Seorang lelaki direman atas kesalahan memberi laluan supaya Surau Berkenaan digunakan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan. Kes² yang berkaitan dengan kesucian islam sering dirungkai dengan kejadian yang tidak sepatotnye?

Moh Bain kasi Gambar² untuk dijadikan paparan dan teladan .






Ish3!! memalukan betul lah? Niat di sini bukan ingin menghina Penganut Agama Budhaa tetapi Patutkah Upacara agama budhaa boleh diberi penempatan sementara ataupon tidak di surau atau di tempat² ibadat dan kesucian Islam? 

MasyaAllah subhanallah !! Pengusaha Resort yang membenarkan perkara ini di tahan dan di soal siasat malam nie? 

      Sumber Dari Akhbar UTUSAN

 JOHOR BAHARU 13 Ogos - Polis menerima enam laporan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan pengurusan sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan surau di resort itu digunakan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan.Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim akan menjalankan siasatan segera selepas polis mendapat kebenaran mahkamah hari ini untuk menahan reman pemilik resort itu."Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya dan penulis blog juga digesa supaya tidak mencetuskan keadaan lebih buruk yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat menerusi penulisan mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.Mohd Mokhtar berkata pihaknya juga sudah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi supaya mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat bagi mententeramkan keadaan. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130813/je_17/Surau-dijadikan-tokong-Polis-terima-6-laporan#ixzz2bqSPW7sU © Utusan Melayu (M) Bhd 


Mungkin korang tak puas atau tak pasti atau tak tau menahu soal perkara ini yang sudah pon tersebar di Youtube dengan segera bain tunjukkan video terbabit. hahah :D ...

    

  

Sehubungan dengan itu Pihak² berkuasa di Malaysia nie WAJIB pantau supaye kes macam nie tidak berulang lagi? Aduhh ! kan dah tercemar kesucian islam itu sendiri dek kerana Pengusaha resort tu ! Gerama eden nie ha....

Kepada pembaca semua Post nie tidak berkaitan dengan Hasutan atau perkauman ? Bain just nak Kongsikan dan menyebarkan berita yang sedikit sebanyak memberi kite teladan dan pengajaran? Kepada Pengusaha resort di luar sane tu Plizz Jangan Camtu Tak Baik dan berdosa...

" Jangan jadi lagi kes² penghinaan atau sebagainya yang berkaitan dengan islam"
(TANDA-TANDA KIAMAT)

    IKHLAS DARI



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI NI ! SILA KOMEN DI BAWAH YEA...

Comments
0 Comments

Tiada ulasan:

COPYRIGHT BY : BAIN ZUYAHIR 2013